RUKUN NEGARA

pict00031 Dengan berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, maka kerajaan ketika itu melahirkan Rukun Negara ekoran susulan peristiwa tersebut, dimana Rukun Negara terbentuk berikutan berlaku rusuhan kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara.

Ekoran daripada perisitiwa tersebut sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan bertujuan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semua undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta percaya mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan.

Berikut dengan dunia tampa sempadan, negara ini mula melanda dengan arus Globalisasi ini sejak awal 90 an, ekoran teknologi yang kian berkembang sehinggakan lima prinsip rukun negara diabaikan oleh sesetengah rakyat di negara ini.

Bagi mengambalikan semagat jatidiri rakyat malaysia terhadap prinsip rukun negara pelbagai bentuk kempen rencak dijalankan oleh pelbagai pihak khususnya Kementerian Penerangan Malaysia, dengan seluran yang ada bagi menyedarkan rakyat Malaysia mengenai lima prinsip Rukun Negara.

Sehubungan dengan itu, pemilik Blog ini menyertai kempen tersebut dimana Kenderaan milik Jabatannya terpampar Lima Prinsip Rukun Negara di belakang Kenderaan tersebut ( seperti dalam gambar diatas). sebagai perhatian umun khususnya pemandu yang mengekori kenderaan berkenaan.

 

MATLAMAT RUKUNEGARA

 

Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dalam ceramahnya di MAYC di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 9 April 1971 menggariskan secara menyeluruh matlamat Rukun Negara seperti berikut :-

 

(a)                Rukun Negara adalah satu dokumen yang terpenting dan utama yang akan menjadi pegangan serta pedoman kehidupan rakyat dan negara pada masa hadapan.

 

(b)               Rukun Negara ini perlu difahami dan dimengerti dengan sedalam-dalamnya dan jangan sama sekali hanya diterima untuk dihafalkan sebaliknya dilafazkan dan diamalkan dalam mana-mana majlis rasmi ataupun tidak rasmi.

 

(c)                Rukun Negara adalah satu lambang yang menyuarakan rupa bentuk  masyarakat  dan bangsa yang dikehendaki dan diingini oleh rakyat.

 

(d)               Rukun Negara adalah hak rakyat dan hak negara dan setiap  rakyat mestilah bersedia mendukung dan mempertahankannya sebagai asas atau pedoman untuk masa depan yang lebih cemerlang.

 

(e)                Rukun Negara membentuk satu masyarakat dalam mana rakyat tanpa mengira asal keturunan ,agama serta ideologi politiknya sama-sama berhak dan mempunyai tempat untuk mencuba kebolehan dan bakatnya.

 

(f)                 Rukun Negara diharap dapat membentuk satu cara hidup yang demoktartik dan yang mendukung kehendak serta cita-cita rakyat jelata.

 

(g)                Rukun Negara berteraskan kepada budaya bumiputera sambil menjamin satu cara yang lebih liberal terhadap pengaruh dan perkembangan semua kaum dan tradisi serta budaya masing-masing.

 

(h)                Akhirnya, Rukun Negara berharap dapat mencari persamaan dan perseimbangan yang menjadi idaman dan hasrat untuk melahirkan negara yang aman, rakyat bersatu dan bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa sentimen yang penerusnya ialah perpaduan rakyat yang berkekalan dan negara yang stabil.

 

IKRAR RUKUN NEGARA

 

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

           

 Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

CADANGAN PEMILIK BLOG INI

Agar Kementerian Penerangan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengadakan MOU, agar dibenarkan Lima Prinsip Rukun Negara di pamparkan di belakang Kenderaan Pengangkutan Awam, dan menjadi satu syarat memperbarui cukai jalan.

 

Satu Respons to “RUKUN NEGARA”

  1. ini pown nk tulis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: