PROFAIL

mar20

Nama :

Umar Bin Yusof

Di Lahir :

15 Disember 1966

Tempat Di Lahir :

Kampung Apas, Batu 15, Jalan Apas Kilang Tawau Sabah

Pendidikan :

1972 hingga 1978 – SRJK Kuala Apas Tawau

( Darjah Satu – Darjah Enam )

1979 hingga 1981 – SMK. Kinabutan Tawau

( Tingkatan Satu – Tingkatan Tiga )

2004 – SMC Lahad Datu

( SPM – Persendirian )

Jawatan Hakiki :

22 Julai 1984 hingga 10 Ogos 1990 – Pelayan Pejabat

( Phang Yau Wing & Co  Tawau )

13 Ogos 1990 hingga 09 Ogos 1995 – Pembantu Am Rendah D.13

( Jabatan Hasil Dalam Negeri )

10 Ogos 1995 hingga 18 Sept 2002 – Drebar / Operetor Wayang Gambar D. 11

( Jabatan Penerangan Sabah )

19 Sept 2002 hingga Sekarang – Juruaudio Visual N.17

( Jabatan Penerangan Sabah )

Daerah Tempat Bertugas :

22 Julai 1984 hingga 09 Ogos 1995

– Daerah Tawau, Sabah

10 Ogos 1995 hingga 05 Sept 1995

– Daerah Kota Kinabalu, Sabah

07 September 1995 hingga 01 Febuari 2003

– Daerah Tawau, Sabah

02 Febuari 2003 hingga 25 Oktober 2012

– Daerah Lahad Datu, Sabah

01 November 2012 Hingga Sekarang

– Daerah Tawau, Sabah

47 Respons to “PROFAIL”

  1. salam. saya nak bertanya sesuatu dengan pihak tuan berkenaan suku kaum tidong, sila email saya.

  2. nk tau/emr suku kaum tidong nie,dia ni bjau ka,indon ka…..

  3. salam en umar, tahniah sebab telah membuat blog tentang suku tidong, saya pun anak tidong jgk. berbangga kerana en umar begitu aktif dalam mempromosi suku taka. sebab masi ramai jgk yang masi tertanya2 berkenaan suku tidong walhal salah satu suku asli d sabah. daken menyokong sepenuhnya apa yg en umar lakukan.

    tidong sandakan.

  4. OUN PAGUN TAKA Says:

    Rien…

    untuk makluman tuan. Suku Tidung bukan bajau, bukan juga indon. Salah satu suku asli Pulau Borneo. Mereka dahulu mendiami pesisir dari kutai hingga ke lahad datu. Seekarang pemisahan borneo kepada indon dan malaysia, maka mereka menjadi warga indon (tarakan & nunukan) dan malaysia (tawau hingga ke beluran). Merupakan kategori kadazan-dusun-murut, cuma suku tidung beragama islam.

    Bahasa mereka adalah murutic atau dalam kadazan-dusun-murut. Dahulu suku majoriti di tawau sebelum tahun 70an.

    Suku tidung membuka tawau, merotai, batu tinagat, Sg. Apas, Apas Gading, wakuba, Indrasabah, kalumpang dan kalabakan.

    Cuma suku kaum tidung terlidung akibat kemasukan saudara dari indon yang dulunya banyak bekerja di ladang dan ndustri balak.

    tq.

  5. OUN PAGUN TAKA Says:

    Saqudara yang melayari blog ini;

    Kg. Sg. Apas @ Kuala Apas merupakan salah satu kampung tertua didiami kaum suku tidung. Dibuka kira-kira 550-600 tahun lalu. Tuan-tuan boleh mengunjunginya dan melihat tanah perkuburan mereka. Disana dikebumukan keturunan mereka (yang diketahui) yang mana mereka sekarang ini kebanyakan nya generasi ke 9 dan ke 10. Nisan kuburnya dibuat dari kayu belian berukir (bahasa sabah) dan masih lagi bertahan sekarang.

    Kg. Apas, telah ditadbir oleh 10 ketua kampung (sebelum merdeka hingga sekarang). Ketua kampung pertama adalah Datu Muda Yaming (generasi ke 4 ) diikuti oleh Datu Muda Etuna, Datu Muda Ghapur, Datu Muda Pandingin, OT Abd. Rahman (merupakan imam kariah tawau tahun 40an-60an), OT Bandung , KK Dulang, KK Ingan , KK Jahada dan sekarang KK Selamat.

  6. OUN PAGUN TAKA Says:

    Kg. Sg. Apas @ Kuala Apas, Tawau. Jaraknya 15 batu dari Tanjung (bandar tawau). Boleh dihubungi melalaui jalan Tawau-Semporna atau dari Bt. Tinagat (Batu Payung).

  7. anak ulun pagun Says:

    bais po jang sino blog untuk ulun taka kebatit, sino baya taka betukar-tukar pendapat. cuma bahagian pakaian tradisi taka jika si kalap guan pino banta p. penetada sinan-sinan maya inggalan no.
    gino k. anak ulun merotai

  8. Salam.. untuk semua ulun pagun
    Sejak kebelakangan ini cerita tentang suku kaum Tidong, mula diperkatakan..ada yg berkata org Tidong ni berasal dpd kepulauan Borneo dan bermacam-macam lagi. Baru-baru ini persatuan Tidong Sabah ( PTS ) telah diujudkan semula setelah terkubur begitu lama, bagi pendapat saya alangkah baiknya jika mana-mana juga ulun pagun yg aktif mencari lagenda kaum Tidong ini, dapatlah kiranya bersepakat, berhubung, berbincang serta bersua muka dan seterusnya merancang kemana kah harus kita bawa persatuan kaum Tidong ini dimasa akan datang.
    Kebajikan, Pendidikan serta ekonomi harus ada dalam persatuan kaum Tidong jika hendak memulakan perjalanan persatuan dan seterusnya akan mengangkat taraf kaum Tidong dimata masyarakat Malaysia.
    Sekali lagi saya berpesan wahai kaumku bangkit lah kamu dari tidur dan jgnlah kamu terlena hingga kesenja, kerana esok hari banyak lagi perjalanan yg harus kita tempuhi.
    stk…

  9. Syukron…….call me 085247779000, nalung ku…
    Tidung terlalu lama terttup, Mari kita perlihatkan dan tunjukan kekayaan budaya kita pada dunia (Tidung teliwot buoi ketutub de indentitas, sekarang penetada taka nio budaya taka de dunia)……….
    Yakin Usaha Sampai

  10. Salam…

    Saya ni ada sikit darah Tidung, daripada nenek ku yang dikatakan berbangsa Tidung Paitan. Nama nenek ku tu ialah Salmah Bte Ahmad dan telah berkahwinn dengan datuk ku (Tampil Bin Nasarudin) dari suku kaum Suluk/Kagayan yang berasal dari Kampung Telaga, Pitas. Antara adat suku kaum Tidung yang masih kami amalkan ialah adat ketika membawa pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan iaitu membawa ‘ragi-ragian’ (peralatan tombak dan peralatan dapur) dan ‘bintang marau’ (silat). Adakah ini sebahagian daripada adat suku kaum Tidung yang asal ??? saya pun tidak pasti. Saya ingin membuat jejak kasih dengan keluarga saya dari sebelah Tidung ni, tapi tak tahu dimana nak mula, sebab perkampungan Tidung di Paitan pun saya tidak pasti sama ada ujud atau pun tidak.

  11. Kepada sesiapa yang boleh membantu saya untuk memulakan pencarian ini, saya dengan rasa rendah diri ingin mempersilakan tuan/puan saudara seagama dan sesuku untuk menghubungi saya di talian 013 850 0193 dan email ppkdin@yahoo.com

    Sekian terima kasih.

  12. Tahniah, En Umar…satu website yang bagus dan berinformasi. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan baru pulang dari trip ke Tawau dan Kunak. Saya amat menghargai jika En.Umar dapat menghubungi saya di moggiesworld@yahoo.com kerana saya perlu informasi mengenai sejarah suku kaum Tidung dari sana. Sekian, terima kasih. Andy.

  13. saya pun org tidung juga saya tinggal di batu 15 apas balung blok31 setahu saya asal-usul tidung dari indonesia atau dari tawau

  14. untuk saudara badai, aku anak ulun pagun merotai kerja sebagai guru d pitas… menurut yaki ku Bidin Imam Salleh ada saudaranya di paitan seorang imam kalau tak silap imam kadir namanya…. tapi saya pun tk pasti…. kerana yaki ku orang lama kalabakan pasti dia tahu kalau mau berusul….

  15. suang bagas Says:

    tahniah,mudah mudahan keturunan ulun pagun bangun semuanyadn buka mata dn minda,sbb sej boleh d putarbelitkan,org lain mgambil kesempatan diatas sikap kita yg aman dgn sekadar cukup2mkn ( moga sekarang da tidak lagi)bukan nk brsikap assabiah (kesukuan sbb d larang nabi) cukup menytakan yg benar dn mghargai tinggalan nenek moyang kita,

  16. Abdul Hamid bin Durajak Says:

    Salam tuan, sebelum itu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas usaha tuan mengujudkan website bangsa kita, mudah-mudahan dengan izin allah kita dapat mengetengahkan bangsa kita yang sekian lama terpingir dari suku-suku kaum yang lain di Sabah. sebenarnya banyak yang ingin saya perkatakan disini seperti pada masa keluarnya pangeran Anum dari Sembakong dan berkampung di pulau Kalumpang dan makam beliau masih terdat disana hingga ke hari ini.

  17. sebenarnya suku kaum tidung bukan asal indon tapi memang suku yang berasal dari sabah.perkataan tawau itu sendiri adalah asal daripada perkataan yang berasal dari suku tidung

  18. kay beluran Says:

    saya suka blog yang kampung boy buat ni sbb ini mengisahkan ttg bangsa tidung yang belum di ketahui ramai lagi,saya org tidung dan bapa saya keturunan datu tapi saya ingin tahu juga kenapa bapa saya bole dapat gelaran mcm tu sedangkan kita org ni hanya org biasa ja, tapi bapa saya cakap itu keturunan dari pada atok kami yang beketurunan datu dari bangsa tidung….dan keturunan itu tak bole di buang mcm tu ja sehingga keanak cucu

  19. ujang budin Says:

    syabas……ulun pagun

  20. Intumung Taka Mikang Insuai Taka Tapu

  21. terima kasih atas informasinya…

  22. Darwis Hj. Sonda Says:

    Joint us at:
    http://www.facebook.com/home.php?sk=group_106930599391368

  23. generasi ibrahim orang utan(dukun patah) Says:

    damo yakin ngai-ngai ulun takka sanong@sedungan maya blog gitu,cumano suang kati ketada@pendaian blog tuy,jd ka ulun takka nupo ambi bagian IKLAN(si dagu pagunno)…..common pensulodku,ngai-ngai takka penasak desawat bangsa takka tuy!!!!! sry,brken language!! (MANTIL) …………….ULUN MANAI ANU GUANG?????

  24. suku lain cuba memutar belitkan usul.. berkenaan suku Tidong yang dikatakan bukan bumiputra Negeri Sabah.
    setahu aku sebelum ujudnya Sabah tempat-tempat seperti Tarakan Indonesia, Nunukan dan Sembakong Indonesia, Tawau Sabah Malaysia, dahulunya dipanggil kepulauan Borneo dan suku Tidong ini ada dimana-mana disegenap pelusuk tempat di Borneo ini. oleh itu maka kaum Tidong ini diiktiraf sebagai Kaum Etenik Borneo dengan gelaran “PERIBUMI” dan bukannya bumiputra yang boleh dimiliki semua orang, seumpama datang kelmarin ke Sabah besoknya dah jadi bumiputra.. kadang-kadang pelik jugak kan..kan..kan
    orang tua-tua zaman dahulu ambil gelaran nama suku Tidong ni daripada sebuah Gunung lagenda di Bawa Bayu.. itulah dia Gunung Kinabalu.. sebuah mercu tanda gunung tertinggi di asia dalam kepulauan Borneo.. maka dengan itu ujudlah perkataan Tidong yang bermaksud Gunung….
    Mengikut cerita lagenda zaman dahulu Gunung Kinabalu ini mempunyai puncak, oleh kerana batu geliga api-api telah dilarikan Naga kenegeri China, maka tempat kawasan kk telah digelar Api-Api, akhirnya puncak gunung Kinabalu telah terpisah dan puncaknya telah terdampar kepulau Tarakan Indonesia. maka dengan itu gunung Kina telah menjadi Balu atas perpisahan puncak dan badannya. dan hingga sekarang ini Gunung ini digelar Kinabalu yang telah pernah diperintah oleh dewa-dewa atas kayangan dan setelah Raja berpisah maka tinggallah Raja tadi dengan pemerintahannya di bawah Bayu iaitu Gunung Kinabalu. stk…

  25. Tahniah Blogger Tidong…….Anda sudah menjadi hero Tidung. Ketengahkan lebih banyak info berkaitan Tidong suku yang dominan di Tawau satu ketika dulu. Kita juga perlu berhati-hati dan mengambil tahu ada usaha oleh pihak lain untuk mengubah sejarah Tawau semata-mata untuk mendapatkan status bumiputera. Teruskan uhasa murni anda…..Muyag ulun pagun ……….

  26. anak pagon sg.apas Says:

    Assalamualikum.

    Selamat menempuh tahun 2012 yang pasti banyak cabran yang kita Anak oun pagan sabah akan tempuhi.
    Untuk dihormati zaman ini perlu duit dan pangkat serta ilmu.
    1. Nasihat kan org kita memberi pendidikan kpd anak2 hingga ke U.
    2. Jangan jadi pemalas. usahakan tanah tuan dengan tanaman pertanian yg ekonomik. Cari duit banyak2. Jangan cukup makan saja. JANGAN JUAL TANAH
    3.Berusaha untuk meningkatkan pendapatan kelurga atau isi rumah Jangan apa saja yg HALAL.
    4.Ada Keyakinan diri- berani dan ada Pendirian. BUKAN SUKA. IKUT-IKUTAN. ADA HALATUJU DIRI DAN KELUARGA.
    5.Mohon dengan ALLAH
    Rayu org kita, buang sifat pemalas, pemalu Dan cukup Makan.
    Kalau tidak, sampai kiamat pun org tidung SENTIASA DIBELAKANG.® KETINGGALAN bebanding bangsa lain. Tiadda Apa yg boleh dibanggakan.
    AYYYUUH BANGUN BANGSAKU.

  27. hidayat ulun pagun borneo Says:

    terima kasih pd saudara kami umar di malaysia kami di indon ada jg persatuan ulun pagun yang baru di dirikan ,diberi nama fkrt (forum kerukunan rakyat tidung) klu tidak silap saya.suatu saat kita adakan pertemuan baik di tawaukah maupun di nunukan atau tarakan indon spy lebih semarak lagi pengetahuan kita .mungkin kita semua ini banyak yg bersaudara dari nenek-nenek kita terdahulu,tks

  28. Tahniah Blogger Tidong…….Anda sudah menjadi hero Tidung. salam dan tahniah tuan, saya june mohammad, berketurunan tidong masih mencari keturunan saya, cuma x tau macamana dan dimana nak merujuk dan dimana nak memulakan dan saya bangga berbangsa tidung walaupun orang anggap saya org indon, saya tetap bangga, tapi say pernah ternampak dan terbaca kad warganegara arwah bapa saya dah tertulis mohamad bin Ali bin Raja Kaiman hingga kini saya tertanya-tanya benarkah semua cerita arwah bapa saya yang menyatakan memang kami ada darah keluarga kerabat diraja atau kah hanya mitos ataukah ?????? sbb hidup kami adik beradik-beradik berenam macam biasa-biasa jer….
    pada sesiapa yang tau asal usul keturunan kami tolong email saya di puteri_salju71@yahoo.com.my

  29. Tahniah Laman Blog TidungBoy….dikit-dikit dan seterusnya dapat menyatukan ulun-ulun pagun memberi respond, cadangan dan pandangan melalui alam maya Blog TidungBoy ini dimana sahaja Ulun-ulun pagun berada. terutama kepada genarasi muda ulun-ulun pagun….

    Salam….Dako nupo pandai kebatit dagu pagun…tapi dako tatop ulun pagun…jang..

  30. Tahniah Laman Blog TidungBoy….dikit-dikit dan seterusnya dapat menyatukan ulun-ulun pagun memberi respond, cadangan dan pandangan melalui alam maya Blog TidungBoy ini dimana sahaja Ulun-ulun pagun berada. terutama kepada genarasi muda ulun-ulun pagun….

    Salam….Dako nupo pandai kebatit dagu pagun…tapi dako tatop ulun pagun…jang..

  31. hannah Fuad Says:

    assalamualaikum..
    bila bca artkel ttg Tidong ni.. sya tergerak hati mau buat thesis berkenaan dgn Tidong ni… di mana sya bole dptkan rujukan yang lebi lanjut ttg Tidong ni ya..

  32. Osman omai Says:

    Tahniah wt saudara umar atas portal ni , sblah beliau lelakiku suku tidung sblah beliau perempuan ku suku bajau sebatik,atukku sbla beliau prempuanku pena cita ngn kmi asal usul twau ni dri prkataan tidung dan dia ckp twau ni memang kmpung tidung,so suku bajau pun iktiraf twau memng kmpung tidung jdi ini la tnah tumpah darah kita yg hrus kita jaga..

  33. Assalamualaikum,, untuk makluman ulun-ulun pagun Sabah..pada 03 Julai, 2011 Makan Raja Tidung 113 Tahun Ditemukan di Pulau Tidung..berdekatan diselat Jakarta Indonesia. dan terdapat 4,000 masyarat suku kaum tidung di Pulau tersebut..untuk keterangan lanjut sila layar ke; http://WWW.bongkar.co.id/newsnnasinonal/1663-makam raja tidung ditemukanhtml

  34. roshazma Says:

    jgn kita tinggalkan suku kaum dan asal usul kita,saya berbangga suku kaum tidong, suang bagas begambus no po bagas matoi…..

  35. Slm jang umar,baisno sino blog sengitu,kalap taka bukum maya dulun pagun ngegai..Dako gitu po ank ulun pagun sembiyal intad inak ku ulun pagun juata terakan,sino ngegai po pensulod no de tawau tu samboi de apas no..Tahniah! Dagu ku jang bais nio gitu..Salam tk.

  36. habib sukur Says:

    betulkah orang tidong tidak boleh makan ikan kerapo

  37. awangkunooraidi bin sinuh bin zakaria bin jikuning Says:

    assalamualaikum……..bapa saya bangsa tidong,mama saya bangsa brunei,cakap tidong inda tahu,cakap bruhei pun inda tahu,di rumah guna bahasa malayu saja.hehehehehehe….kelakarkan,menurut cerita saudara bapa ku ramai di kelabakan tawau.aku pun inda pernah jumpa.tapi nama semaran tahu lah,(panglima besi.)nama sebenar inda tahu.

  38. memang betul siapa yang beketurunan tidong memang tidak boleh makan ikan kerapu, kalau makan akibat badan berkudis dan berkurap cara nak merawat nya kena mandi atas parang dan ade lagilah tapi tak tau bacaanya menurut cerita arwah bapaku

  39. ahmad ameen Says:

    salam en umar.saya ahmat dan lahir dibatu 17 .tapi saya telah berhijrah kekl lebih kurang 17 tahun lalu.sayanak tya klu ada siapa2 mau membeli tanah sya kat kg tu boleh hubungi abg saya wnc karim tuma.

  40. tahniah tuan kerana mewujudkan web tentang ulun taka.. tapi kita punya suku ni nda diiktiraf ni tau.. kalau tuan perasan dalam hrmis kita ni dikategorikan etnik indonesia.. kesian.. lepastu ada sy dengar2 mo beli rumah tiada diskaun bumi, mau masuk mara nda boleh pasal bukan bumi.. yang ganjilnya dalam hrmis, suku kaum ulun begabol diiktiraf pulak bumi under melayu.. walaupun terang2 kod ic 71 atau mamak bapak lahir indonesia (ulun begabol jangan marah ah.. cuma rasa tidak adil bagi org tidung yang langsung nda kena iktiraf ni, sekurang2nya pengiktirafan sama pun ndapalah..).. macammana ni tuan, apa tindakan kita bagi perjuangan ni.. sy ni nda bleh berjuang pasal sy pya nama nama jawa wlupun tidung heheh

  41. Aslkum semua. Daken pun oun pagun ( Tidong ) Mungkin ngamad oun pandai de Datu pangiran Memangku Negara senti kubul nani de Kg Klagan, Beluran. Anak bungsu ne Datu Yahya ( Labuk ) Perlu aku de bantuan, sebab guang aku pandai se sejarah beliau giti. Anak-anak ne masih napung peye de sekitar Daerah Beluran

  42. hidayat bin h.abdul hamid gani Says:

    salam saudara semuanya

  43. hajalima binti lamasa Says:

    Saya adalah salah seorang mantan pelajar SK bandar tawau pada era 70’and di lahir kan pada 26-may-1066 saya nak sangat bertemu dgn class mate saya semasa derjah 6,tapi tak tau di mana mereka tika ini

  44. setahu saya, Tidong ni adalah satu rumpun dengan DUSUN.Merupakan etnik / suku terbesar di Sabah.Sepatutnya tiada istilah kadazan sebenar.Sengaja dipecah-belah oleh pihak yg tertentu.Pemerintah dulu2 untuk kpentingan sesuatu.Sebaiknya keturunan kita disebut bermula dengan contoh – Dusun Tidong, Dusun Murut, Dusun Lotud ( Tuaran ), Dusun Rungus ( Kudat ), Dusun sungai, Dusun Tangara ( Penampang ) dan seterusnya.

  45. Dachry Bin Hausing Says:

    Tahniah blogger tidongboy,marilah kita sama2
    memartabatkan bangsa kita mengikut arus kemodenan Malaysia.

  46. Dachry Bin Hausing Says:

    Assalamualikum saudara sebangsa seagama ku…bapa saya merupakan seorang Tidong yg berasal dari Apas Tawau dan sedang menetap di Sandakan.Saya juga bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan di Daerah Beluran dan menetap di sini.Pada mulanya saya keliru dengan asal usul keturunan Tidong saya.Tapi selepas di ceritakan oleh wafat datuk saya iaitu Hj.Sudin Bin Samsih baru saya faham tentang orang Tidong yg suka merantau.

  47. kenapa suku tidung bukan bumiputra dalam aplikasi hrmis kerajaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: