KENYATAAN PEMILIK BLOG

Blog merupakan satu lagi laman maya yang mempunyai pengaruh secara total kepada pembaca blog, yang mana boleh mengubah satu-satu isu, sama ada isu politik, isu ekonomi, isu sosial, dan isu semasa sama ada dalam negeri atau luar negeri.

Kita imbas kembali pilihanraya umum ke-12 Mac 2008, dimana  peranan Blog mempengaruhi minda pengundi, khususnya pengundi jenerasi mudah yang beberapa negeri jatuh ke tangan pihak pembangkang, dan beberapa kerusi Parlimen turut dikuasai oleh pihak pembangkang. Ini dilihat Blog amat berkesan untuk menyibar isu-isu yang mempunyai kepentingan pemilik Blog.

Kita dibenarkan membuat Blog sendiri, namun pemilik Blog perlu bertanggunjawab atas apa jua kandungan yang terdapat dalam Blog tersebut, diharapkan pemilik Blog perlu mencari cerita yang menafaat kepada pembaca, dimana Blog merupakan satu media eletronik yang berkesan kepada pembaca.

Jesteru itu, Blog ini merupakan blog peribadi yang hanya memaparkan biodata pemilik blog,  blog ini juga adalah mempaparkan sejarah kaum Tidong, adat resam kaum Tidong, budaya kaum Tidong, Kamus Kaum Tidong, Lagenda Kaum Tidong dan memuatkan aktiviti semasa, tugas harian pemilik blog.

Di harap jenerasi muda khusus masyarakat kaum Tidong dapat mengetahui asal usul kaum Tidong, Budaya Tidong, Adat Resam kaum Tidong, dan banyak lagi yang akan dimuatkan dalam blog ini dari masa ke semasa,

Oleh itu, pemilik Blog ini berharap sangat agar masyarakat kaum Tidong  khususnya, sekiranya mempunyai maklumat tentang kaum Tidong boleh menghantar ke e-mail : umaryusof@yahoo.com atau umaryusof@inform.gov.my

Walaubagaimanapun pengunjung blog ini, boleh membuat sembarang komen terhadap perisian blog untuk meningkatkan lagi dari masa ke semasa.,

33 Respons to “KENYATAAN PEMILIK BLOG”

  1. tahniah kepada saudara umaryusuf atas usaha dalam membongkar akar dan sejarah kaum tidung. Saya mencadangkan sekiranyan saudara umaryusuf boleh memasukkan perkataan tidung bersama maksudnya, mungkin ianyanya dapat memberi info berguna untuk mereka yg ingin belajar bahasa tidung ini seperti saya.

  2. OUN PAGUN TAKA Says:

    Uncle Yusoff.

    Tahniah atas keujudan blog ni. Satu permulaan yang baik. I will give some ideas or infiormation untuk blog ini. Saya ada sedikti menyimpan dokumen atau bahan rujukan meneganai suku TIDUNG atau OUN / UlLUN PAGON.
    Sebagai pembuka bicara bahawa catatan sejarah KUMPULAN KAUM TIDUNG beragama islam dikesan sekitar tahun 1076 di Tarakan, Kalimantan Timur. Kemudian sekitar tahun 1108 kumpulan ini telah mempunyai struktur KESULTANAN nya sendiri.

    Kita adalah generasi ke 8 atau Ke 9 dari Raja Muda.

  3. OUN PAGUN TAKA Says:

    KENAPA SUKU KAUM TIDUNG SUDAH DILUPAKAN ATAU KETINGGALAN DARI PELBAGAI SUDUT??? (pandangan peribadi saya)

    1. Adat dan budaya
    Suku ini memang terkenal dengan kelembutan, kesopanan dan keperibadian yang tinggi serta sangat bertolerasnsi. Pada zaman ini anak-anak kita harus dididik untuk KURANG-AJAR sedikit agar mereka lebih agresif untuk bersaing demi kemajuan diri dan bangsa. Bukan jadi alat TUNGGANGAN orang lain.
    2. Pendidikan
    Sejak akhir-akhir ini sudah ramai yang menyedari pelajaran itu sangat penting untuk kehidupan didunia sementara ini berbanding tahun 80an kebawah. Walaubagaimanapun masih ramai ibu-bapa Tidung belum menyedari kepentingan pendidikan anak-anak mereka. Kalau sedarpun, setakat ting. 5 pun mereka berpuas hati. Sama-sama kita motivasi mereka agar mendidik anak mereka sampai ke U. Wang bukan lagi jadi alasan.
    3. Sangat cepat puas hati.
    Apa-apa mereka lakukan sekadar cukup makan atau sekadar ada. Maknanya dari dahulu lagi orang Tidung tidak mahu yang lebih atau lebih tngi lagi (kecuali bidang agama). Mungkin adat dan budaya mempengaruhi minda dan tingkahlaku mereka. Mari kita bangunkan mereka dari tidur ini. SUANG BAGAS BEGAMBUS tidak begitu sifnifikan lagi di zaman ini. Budaya malas bekerja dan banyak bercakap hanya sesuai pada tahun 60an dulu saja.
    4. Kurang keprahatinan orang sendiri
    Ada dikalangan mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan, pekerjaan atau berjawaatan baik lupa kepada nasib anak bangsa mereka. Tiada satupun organisasi atau institusi diwujudkan bagi membantu gnerasi-generasi baru tidung.dengan perkataan lain meraka ini TIADA WAWASAN BANGSA (mungkin juga saya sendiri). Mari kita fikir dan ambil tindakan…..?????
    5. Kurang arif dengan ADAT, BUDAYA DAN SEJARAH BANGSA
    Orang Tidung sebelum Wujudnya Malaysia terkenal dengan kerajinan mengembara, berdagang, membuka tanah baru (TERMASUKLAH TAWAU)

  4. OUN PAGUN TAKA Says:

    sambungan….

    . Kalau nenek moyang kita boleh menorakai Tawau, Kuala Merotai, Tinagat, Membelua, Danau (kini Apas Parit) Sg. Apas, Sg. Gading, Balug (kini Indrasabah), Kelumpang, Umas-umas dan Kelabakan, kenapa generasi kini tidak boleh. Jadi, jadikan pedoman dan ikutan kekekuatan dan kecekalan nenek moyang kita untuk maju kehadapan.

    Maaaf jika terlebih. TAPI NIOTKU BAIS. DUAL OTOK MIKIR NASIB UON TAKA SENDITU.

  5. un pagon per Says:

    sebenarnya org kita ni masi lagi ngn pemalunya,klu betul2 mo berjaya mmg sentiasa tebalkan muka menonjolkan dirinya.yakin ngn diri.banyak sy jumpa org tidong ni rendah diri mmg bagus tapi kekadang sikap rendah diri suku kita tertinggal d belakang. ada jgk sy jumpa org tidong malu mengaku dirinya suku tidong begitu sedihnya. sebenarnya sy pun mmg kuat rasa rendah diri tapi sy cuba buang sikit demi sedikit terlalu rendah diri. sebab sy sayangkan suku sy ni, klula sy tau dimana pej persatuan tidong sy akan mendaftar diri sebagai ahli. memberi sokongan.. mudah2an anak muda tidong terbuka mata n hati supaya berusaha untuk kejayaan diri dan suku tidong yang kian tenggelam..- tidong sandakan girl.

  6. huhuhu.. sudah tag line kaum bngsa kita ‘ulun pagun’ yg mmbwa mksud org susah, ini la lambang bngsa kita ni ‘ulun pagun’ ulun pagun ni mmg agak tradisional la sikit.. erm.. ssh la mau ubah.. kebanyakan ulun pagun ni duduk d kampung2, susah mau kluar bndr, nma lgi ‘ulun pagun’ kan? mcam sya, syukur alhamdulillah, mamak sya bgi jugak sya blajar sampai tahap kolej ni (walaupun msih blum mmpu d banggakan), tpi skurang2nya sya bsyukur trbuka sdh fikiran org tua sya.. x da lagi istilah ‘pagun’ dalam mnuntut ilmu walau pun bayaran yg d tuntut melebihi pendapatan bulanan, duit bukan alasan kata mamak saya, biar bsusah2 dulu, nnti baru kita bsenang2, jdi knapam tdak ‘ulun pagun’ tu kita ubah jadi ‘ulun kaya’ kan? insyallah, kalau bukan kita, siapa lgi yg mampu mrubah nasib bngsa kita.. :)

  7. OUN PAGUN TAKA Says:

    Sdr. azmilahud.

    Semangat tuan amat dibanggakan. Tapi pandangan uon pagun agak tadisinal tu harus dihapuskan dalam minda semua oun pagun / ulun pagun. Kita wajib berfikir dan bertindak sebagai orang “kelas pertama”. Teruskan belajar. Saya dan adik2 saya seramai 5 orang dulupun belajar di U . Orang tua kamipun orang miskin, tapi dia tidak kedekut untuk biaya kami semua semasa di U. Kami semua sudah bekerja dan setanding dengan bangsa lain, malahan lebih cermelang dari mereka.

    Saya juga tau, ramai anak2 tidung menjawat jawatan tinggi dan penting dalam kerajaan dan swasta di Sabah. Mari kita sama2 bagi cadangan dan bertindak membangunkan kaum kita.

    Wslm.

  8. mmmm semua komen2 menarik/sedap dibaca/memberangsangkan…. tapi mcm lebih kepada retorik…sampai bila2 nda kan abis… rasanya bagus klu tidongboy buat ruangan forum dgn tajuk yg lebih specific.. kita bole share our info & knowledge over there.. sharing is caring..hehehe

  9. Wah, bgus ni, askum dulu, uhm,, aku ni bukan urg tidung, tp nenek prmpuanku tidung asli dan aku urg tawau, tp rasanya khdupan km dulu dulu, dan skrg jugak la ada lg skit skit, msh ada pengaruh ketidungan tu,,
    Aku suka dan minat dgn identiti bngsa tdung yg km pgang,, bnyak lg keluarga kami d merotai, kalabakan, luasong, apas, pokoknya bnyak bah!! Memandangkan skrg ni khdupan pun tinguk suda berubah, mcm moden sikit la,
    Ada durg keluargaku ni kurang pndai suda bhasa tidung, aku ni mau belajar ba, dmana ya? Susah sb aku tinggal jauh kan dr tawau sudah,,utk info, bnyak bngsa suda msuk dlm kuargaku, brunei+tidong= kadazan, bajau, brunei, bugis, tp kira pengaruh tidung dlm kuarga aku kuat, aku bjau k.b tp aku anggap aku ni tidung la sb aku xda budaya bajau k.belud, ahak!! ”suang bagas begambus, kamet bagas mampus” ahahaha!!

  10. OUN PAGUN TAKA Says:

    Asalamulaikum para pelawat blog sdr. Yusof.

    Tahun 2009 sudahpun berlalu dan tahun 2010 mendatang. Tidak lama lagi RMKe 10 mendatang. Mungkin dalam tempoh tahun 2009, banyak juga pencapaian yang dikecapi oleh kaum kita secara individu, berkumpulan atau di kampung-kampung samada disedari atau sebaliknya. Tahniah kepada mereka.

    Disini saya mohon pandangan secara jujur pelawat blog ini, punca-punca atau kelemahan etnik kita (Tidung) melalalui pengalaman dan pemerhatian atau kajian di tuan-tuan trehadap perkara berikut:

    a. Pendidikan
    b. Ekonomi
    c. Politik

    Wasallam.

  11. Salam 1 Malaysia…
    Suku Tidong adalah salah satu suku yang terkenal sewaktu dahulu, kesultanan Raja Tidong sangat berpengaruh dan telah berkuasa dalam kepulauan Borneo, sehinggalah terciptanya perkataan SABAH yang berasal daripada nama Sultan Tidong sendiri..psstt yg ini rahasia sikit.. kalau nak tahu kena mengadap juga..
    Berbalik kita kepada suku Tidong yg selalu orang kata ada beras bergambus dan kalau tiada beras pergi mampus.. perkataan sebegini harus kita hapuskan dalam kamus orang tidong.. bangunlah wahai kaum ku, berusahalah dengan rajin seperti raja kita membina empayarnya.
    Walaupun saya ni orang Tidong asli diSabah, tetapi saya bersyukur kerana masih berada dalam naungan kerajaan MALAYSIA. yang penting sekali kaum Tidong tidak akan pupus dirantau ini

  12. aku ulun tidong jgak….best!!!! ndak pernah malu ngaku aku ulun tidong!!! skg study jauh2 tapi twu tetp destinasi utama aku.hehehehehe

  13. nak kata mcm mana tak tau tapi terus terang ulun pagon kita segelintirnya masih lagi mau disuap ngan bantuan dari gov…mak n bapak aku walau buta huruf tapi pelajaran tetap utama….sbb tue la aku amek keputusan sambung study n skg bakal2 nak ngajar anak bangsa spy tukar sikit mind setting diorang tue…..
    kpd blogger ni tahniah sbb ingat aku sorang jak yg mau wat blog gini tapi awak da buat dulu so smua idea aku nak sumbat kat dalam nie insyaalaah…

  14. ulun pagun bagas Says:

    Aku blum pernah la nampak bangsa tidong ni yg pandai-pandai, bagi aku contoh siapa bangsa tidong yg jadi doktor, peguam, engineer, saintis….tidong ni besar saja nafsu mengaku ada kesultanan la…kalau bangsa yg bodoh macam mana wujud sultan. sultan kena bijak memimpin bukan saja bangsa tidong tetapi bangsa yg lain. Setahu akau bangsa tidong ni hanya hamba kpd bangsa lain, iaitu samalah seperti keadaan sekarang ni…

  15. un_pagun Says:

    ada ba…keluarga aku di sandakan….ada yang jd engineer….peguam…doktor… manager dan pelbagai jawatan dalam kerajaan…
    ahli parlimen Libaran org tidung ba ….
    kalau jd guru tu nda payah cakap la memang behamburan….
    cuma kita ni kurang menonjol ba….
    aku bangga mengaku ulun pagun..tp bagi yang berjaya tu kadang2 malu juga mengaku orang tidung…..
    tau la ba kan…kita tidak setanding dengan bangsa lain…walaupun ramai suda anak tidung yang berjaya dan bekerjaya…

  16. assalamualaikum….saudara sakalian…
    saya mahu tegur sikit pengertian ulun pagun tu.”ulun pagun” tu bermaksud orang kampung.dan” ulun pagon “tu bermaksud orang susah.kalau aku cakap dudu gitu beling…. nanti marah…kalau nak tegur bangsa sendiri pun agak-agak la,cakap main sedap mulut.perlu di ingatkan laman blok ini menjadi tontonan umum.
    “kalau mahu menembak biarlah tepat pada sasaran” ini tidak kutuk bangsa sendiri.
    pada yang punnya blok terima kasih kerana mewujudkan blok ini,kerana dengan ini sedikit sebanyak saya tahu sejarah suku kaum kita.
    “perlu diingat pada pelawat blok ini jgn sesekali menyalah gunakan blok ini”baik buruk pun bansa kita sendiri……

  17. AKU ANAK TIDUNG…..

  18. aku pun..

  19. saya bangga menjadi anak kelahiran suku tidong dan amat bersyukur lahir kedunia ini.tetapi yang menghairankan dilahirkan dalam suku tidong tetapi malu untuk mengaku suku tersebut menggunakan bahasa tidongpun tidak mahu.lebih baik tidak perlu diujudkan kedunia manusia jenis ini.bukan semua suku dan bangsa tu maju semuanya.hanya membezakan adalah usaha dan sikap seseorang individu itu.disini saya mencari tatasusila keturunan suku kaum tidong.kerana ada yang mengambil kesempatan dengan keturunan kesultanan raja tidong.sebenarnya dia bukan keturunan itu.sekian dan terima kasih.

  20. ya…aku jg anak tidung sandakan….
    syukur sebab kami adik-beradik kira tergolong jg la dalam klgn anak tidung yang berjaya dan kami sungguh bangga utk mengatakan kami org tidung…
    sama-sama kita memartabatkan kedudukan kita agar kita lebih dikenali…
    se peye guang emertabat de uun tidung ga ingke taka?

  21. Asal oun pagun Apas pe Says:

    kepada oun kati sidungan de Tidong boleh berambuslah, blog gitu untuk oun tidong, sidungan mainyeken ken guang deguan dame. Aku bangga dilahirkan suku Tidong dan Islam huhuh

  22. Mohd Salleh Imam Hj Awang Says:

    As.w.w.
    Kepada ulun pagun yg prihatin

    Baru-baru ini, pengarah UITM telah membuat kenyataan bahawa suku tidung bukan bumiputra Sabah. Oleh itu ulun pagun tidak boleh lagi belajar di UITM. Bagaimana reaksi anda semua buatlah sesuatu yang boleh membuktikan bahawa kenyataan tersebut tidak benar. Mana perginya persatuan suku tidung, apa anda buat bila suku tidung telah dicabar kewujudan nya di Sabah.
    wahai ULUN PAGUN KADATLAH MUYU NGENGAI. BUKTIKAN ULUN PAGUN ULUN BERMARUAH.
    WASALAM

  23. anak pagon sg.apas Says:

    Asm.kum. Kepada pelawat blog uncle yusuf ni.

    Jangan ada diantra kita tidak faham maksud ulun pagon atau oun pagon (apas). Bagi kami generasi ke 8 atau ke 9 di kg. Sg.apas, oun pagon merupakan kata nama pengganti diri bermakdud orang tempatan atau orang asal di kampung kami atau bermaksud orang asal tawau. Nenek moyang kami dengan bangganya menggunakan terma tersebut. Jika sebut saja oun pagon, sudah pasti ianya bermaksud orang asal atau suku tidung. Bagi kami. Ianya tidak langsung bererti orang susah atau orang miskin. Seperti kaum dusun mereka bangga dengan terma momogun yang ertinya juga orang. Ga guang kau pandaido moyang dumuni, atau keturunan yaki-yaki dumuni, ngayong kau de kubur de sg. Apas hari raya pertama (ngusul de kubur). Kubur dino, kubur laid-laid. 9 generasi nyo makai se atau lebih kurang 500-600 tahun (mengikut salasilah oun apas ). selamat berpuasa.

  24. En.Mohd Salleh..
    Sebenarnya begini.. pengarah UITM tu pun bukannya bumiputra asli diSabah ni.. diaorang pun hanya menumpang di Sabah. Ewahh…pandai-pandai saja diaorang bercakap yg orang Tidong bukan bumiputra Sabah…
    Cuba diaorang fikir kenapa orang tidong ada disegenap pelusuk negeri Sabah.. itu tandanya orang Tidong ni adalah kaum Etnik Sabah yang bergelar Peribumi Sabah, macam kaum dusun, sungai, murut, suluk,bajau dll.
    Walau pun suku tidong ni banyak di Indonesia seperti Tarakan, Nunukan, sembakong dan dll. waktu tu belum ada lagi Kerajaan negeri Sabah, Sarawak Kalimantan atau jiran kita yg lain, suku Tidong sudah ada dimerata pelusuk kepulauan Borneo ni..sebab itulah suku Tidong ini adalah peribumi Borneo dan sekarang ini Negeri Sabah. kalau diaorang tahu kaji sejarah Negeri Sabah kenapa diaorang pintar-pintar UITM tidak kaji sejarah Borneo semasa zaman penjajahan Jepun dan British…
    Setahu aku sejarah suku Tidong ada kaitan dengan kesultanan Negeri Brunei dan kesultanan Sulu.
    Berkenaan Persatuan Tidong Sabah ( PTS ), bermula dari sekarang kita kena berjuang demi jenerasi akan datang, setiap cawangan dimana jua berada harus aktif, adakan perjumpaan dengan cawangan-cawangan lain dan sediakan pejabat PTS sebagai tempat rujukan suku Tidong, dengan sendirinya kaum kita akan bergerak maju kehadapan.
    setiap 3 atau 6 bulan sekali suku Tidong akan buat perjumpaan, untuk mengenalpasti keberkesanan persatuan ini. bagi kawasan luar bandar Tawau seperti Kalabakan, merotai, pulau sebatik, apas, indera sabah dll harus merujuk kepejabat PTS yang sepatutnya ada di Bandar Tawau, jika ni semua tiada maka sampai bila-bila pun kita tidak akan berjaya, sila rujuk kepada ketua PTS Sabah YB dato Juslie Ajirol cawangan Libaran, Sandakan, atau masuk ke Facebook beliau. stk…

  25. Datoe Radja Laut keturunan ku

  26. Cicit Pengiran Digadung Says:

    hasil kaji selidik saya orang tidung sebenarnya tak tahu bergambus pun.kalau tak percaya lihat alat-alat tradisional seperti gong,kulintangan, rebana dan beberapa alat yang perlu dipalu.tidak gambus pun. Kalau pepatah” suang bagas begambus,kamal bagas mampu” itu satu kesilapan yang perlu diperbetulkan.itu bukan dari orang Tidung.Tapi mereka yg menyamar sebagai Tidung.

  27. YayanRoslan Says:

    saja ingin berkongsi…
    few week before kawan saya pegi ke UITM shah alam. dia mau ambil pjj d sana…Ooun pagun taka jugak la, sampai d sana dia bila dia bgtau bangsa dia Tidong sabah…eventually pihak UITM ckp tidong bukan bumiputera but Indonesia. So, apa komen anda…? lagi satu. maybe tidong yg sll d gunakan oleh my Mum n dad berbeza dgn tidung tawau kan? daken maitit kelidas de pendaguan dumun giti…tie daken ke paham ken…

  28. anak jati tidung Says:

    akum penculod nge’ngai. Dako gitu ulun pagun intad de kalabakan..damo ulun pagun de kalabakan gitu sinan kiyo masaalah paling tupar damo. Demuyu pun kali’ pandai soh kon…entau dagi biya anu silap no. Damo degitu,intad gului saboi sengitu nopo de IC. Padahal suang anak pagun gitu anu pintor2 soh,tapi sabob poh kamad de IC suang bagu anak muda no tiyo kalap sekula sawat2. Sabob nopo IC poh suang anak muda degitu nopo de pentugasan. Tiyo kalap maju dalom engiyum de buyag…

  29. asslmmlaikum semua warga tidung. alhmdllh ada jgak kwn2 tidung yg brjyakn.. alhmdllh aku skrg dpt kja dlm krjaan. jd xda yg musthil untuk kita brjya dlm hdp. doa, usaha n tawakal. salam perkenalan.. add fb aku. mial manar. asslmmlaikum…

  30. Remy Gonzalez Says:

    hidup ulun pagun ~

  31. Tidong/Lidong Says:

    Assllamualaikum. Trima kasih Yussof. Saya dan lain-lain saudara di Lidong menyokong penuh dengan usaha ini. Saya sekeluarga dan sekampung amat berbangga dengan Tidong ini. Sebab itu hingga kini bahasa Tidong ini adalah bahasa harian masyarakat Tidong dari yang tua ke yang kecil. Semoga dengan usaha ini akan menghimpunkan seluruh masyarakjat Tidong di Sabah.
    Saya juga seorang penjawat awam.Pada saya Tidong di Sabah merupakan satu masyarakat Pribumi (Tidong-Murut) Buktinya banyak persamaan bahasa dengan suku Murut di kawasan Keningau dan Tenom dan lain-lain suku kaum di Sabah. Bagi yang berada di Kalimantan ia adalah Tidong-Dayak

  32. Anak Tidong Kinabatangan;
    Tahniah kepada En Yussof kerana dengan adanya blog ini ‘kita Orang Tidong’ dapat bersembang dalam penulisan. Sekurang-kurangnya cara macam ni boleh mengeratkan lagi kesefahaman suku kita. Saya begitu setuju dengan kenyataan ‘Oun Pagun Taka’ tentang taraf kehidupan suku Tidong ini. Bagi saya yang berjaya hanya segelintir sahaja, Itupun yang berjaya ni segelintirnya pula cepat lupa ‘daratan’ dah tak kenal lagi asal usul. Kalau kita dibandingkan dengan suku lain di Sabah, Fikiran orang kita agak lambat untuk menerokai apa itu kemajuan…sukar untuk mengubah sikap..sabar tidak kena tempat…usaha cari makan tapi tidak bertujuan lebih ke arah yang lebih baik, suka memuji orang lain berjaya tetapi tidak ada hati untuk mencapai ke arah yang sama..bila ada pendapatan lebih suka berjoli dan berpesta dah lupa untuk menyimpan untuk esoknya. Ada tanah habis dijual..melerat di tempat sendiri..beginilah segelintir orang kita yang menghalang kita berdiiri sama tinggi dengan suku lain di Sabah khususnya. Kita ada Persatuan, tapi takat mana Persatuan ini menolong membuka minda Orang Kita ni?

  33. Jaf De Tidung Says:

    Ramai anak tidung yg berjaya cuma kita kurang menonjol, identiti kita pun kurang ketara, Persatuan Tidung Bolongan yg ada tu perlu lebih memainkan peranannya yg mana pada ketika ini kurang memainkan peranannya plus kita jarang berkumpul utk membincangkan hal ehwal suku tidung yg mana perkara ini sering dilakukan oleh suku kaum lain dan kesannya mereka lebih berdaya saing dan lebih menonjol dari kita..

    SAYA INGIN BERBAKTI UTK SUKU TIDUNG
    JAF DE TIDUNG

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: