SULTAN SULU/BULUNGAN/BRUNEI ADA KAITAN TIDONG

SUKU TIDONG

Suku kaum Tidong merupakan berasalnya bahagian Utara Kalimantan Timur. Suku Tidong ini juga merupakan anak negeri di Sabah. Jadi merupakan suku bangsa yang terdapat di Indonesia maupun Malaysia (Negeri Sabah). Suku Tidong mula memiliki kerajaan yang mana disebut Kerajaan Tidong.

Kerajaan Tidong atau dikenali dengan nama Kerajaan Tarakan dimana kerajaan Tarakan adalah diperintah sendiri oleh kaum Tidong di utara Kalimantan Timur yang mana terletak di Pulau Tarakan hingga Salimbatu, dimana mempunyai dua kerajaan di kawasan tersebut, selain Kerajaan Tidong kerajaan Kesultan Bulungan yang hanya bertampak di Tanjung Palas.

Satu ketika dahulu Kerajaan Tidong yang menetap di Pulau Tarakan, juga terkenal dengan kaum Tengara yang banyak melahirkan pemimpin Dinasti Tengara. Dimana berdasarkan tersilah (Genealogy) yang ada dimana terdapat di pesisir timur pulau Tarakan.

Kerajaan Tidong kuno (The Ancient Kingdom of Tidong) pada tahun 1076-1156 kemudian berpindah di barat pulau Tarakan di kawasan Tanjung Batu, sekitar tahun 1156-1216, lalu berpindah lagi tetapi masih dalam pulau Tarakan iaitu di Sungai Bidang dalam tahun 1216-1394, akhirnya Dinasti Tengara berpindah jauh dari pulau Tarakan iaitu ke kawasan Pimping di bahagian barat Tanah Kuning sekitar tahun 1394-1557.

Kerajaan Dinasti Tengara ini pertama bertakhta mulai tahun 1557-1571 dimana kawasan Pamusian Wilayah Tarakan Timur menjadi pilihan mereka.

Berikut adalah Raja-Raja Dinasti Tengara:-

 Amiril Rasyd Gelar Datoe Radja Laoet (1557-1571)
 Amiril Pengiran Dipati I (1571-1613)
 Amiril Pengiran Singa Laoet (1613-1650)
 Amiril Pengiran Maharajalila I (1650-1695)
 Amiril Pengiran Maharajalila II (1695-1731)
 Amiril Pengiran Dipati II (1731-1765)
 Amiril Pengiran Maharajadinda (1765-1782)
 Amiril Pengiran Maharajalila III (1782-1817)
 Amiril Tadjoeddin (1817-1844)
 Amiril Pengiran Djamaloel Kiram (1844-1867)
 Datoe Maoelana/Ratoe Intan Doera (1867-1896)
 Datoe Adil (1896-1916)

Tetapi akhirnya hancur berikutan campurtangan oleh pihak Belanda ketika itu.

Nelayan dan petani adalah menjadi sumber pencarian suku kaum Tidong ini berdasarkan satu dokumen dan maklumat tertulis ataupun lisan yang ditemui oleh pakar sejarah, dimana mereka tinggal di kawasan Kalimantan Timur.

Kalimantan Timur pula terbentuk dua pemerintahan dimana satu adalah Kerajaan suku kaum Tidong dan satu lagi Kesultanan dari kaum suku Bulungan, dimana kerajaan dari kaum tidong berkedudukan di Pulau Tarakan hingga di Salimbatu dan Kesultanan Bulungan adalah di Tanjung Palas.

Bahasa Tidong dialek Tarakan merupakan bahasa Tidong yang pertengahan ini kerana boleh difahami oleh semua warga suku Tidong. Beberapa kata bahasa Tidong masih memiliki kesamaan dengan bahasa Kalimantan lainnya. Besar kemungkinan suku Tidong mempunyai kaitan dengan suku Dayak rumpun Murut (suku-suku Dayak yang berada di Sabah)

Walaubagai manapun kaum Tidong adalah beragama Islam dan membangunan dalam kerajaan Islam sehingga tidak lagi dianggap sebagai suku Dayak, akan tetapi boleh diketegorikan suku berbudaya Melayu seperti suku Banjar, suku Kutai dan suku Pasir.

KAITAN SUKU TIDONG DENGAN KESULTANAN SULU DAN BRUNEI

Menurut sejarah Sultan Sulu yang bernama Sultan Salahuddin-Karmat atau Pangiran Bakhtiar telah berkahwin dengan seorang gadis berbangsa Tionghoa yang berasal dari daerah Tirun (Tidong) adalah pendakatan Sultan Sulu yang inginkan mengamankan Wilayah North-Borneo (kini Negeri Sabah) setelah mendapat Wilayah daripada Sultan Brunei, salah seorang putra Sultan Salahuddin-Karmat iaitu sultan Badaruddin-I yang memperisterikan seorang Putri Tirun atau Tidong (Isteri Kedua) yang merupakan anak gadis kepada Pemerintah awal di Wilayah Tidong. (Isteri Pertama Sultan Badaruddin-I, dikatakan gadis berasal dari Soppeng, Sulawesi Selatan. Maka lahirlah seorang Putra bernama Datu Lagasan yang kemudian menjadi Sultan Sulu yang bergelar, Sultan Alimuddin-I ibni Sultan Badaruddin-I) Dari zuriat Sultan Alimuddin-I inilah dikatakan datangnya Keluarga Kiram dan Shakiraullah di Sulu.

Maka dari darah keturunan dari Puteri Tidong lahirnya seorang putra bernama Datu Bantilan dan seorang putri bernama Dayang Meria. Datu Bantilan kemudiannya menaiki takha Kesultanan Sulu (mengantikan abangnya Sultan Alimuddin-I) disekitar tahun 1748, bergelar Sultan Bantilan Muizzuddin.

Adindanya Dayang Meria dikatakan berkahwin dengan seorang Saudagar dari Tionghoa, kemudian lahirlah seorang Putra yang bernama Datu Teteng atau Datu Tating. Mana kalah zuriat Sultan Bantilan Muizzuddin merupakan keluarga Maharaja Adinda, yang mana waris sebenar Kesultanan Sulu mengikut sistem Protokol Kesultanan yang digelar “Tartib Sulu”

Sementara itu, pewaris sebenar itu bergelar, Duli Yang Mulia (DYMM) Sultan Aliuddin Haddis Padila. Dimana “Putra Mahkota” kesultanan Sulu merupakan putra bongsu kepada DYMM Sultan Aliuddin yang bernama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Datu Ali Aman atau digelar sebagai “Raja Bongsu-II” (Gelaran ini mungkin mengambil sempena nama moyang mereka yang bernama Raja Bongsu atau Pengiran Shahbandar Maharajalela, dan juga merupakan putra bongsu kepada Sultan Muhammad Hassan dari Brunei. Sementara itu Raja Bongsu telah dihantar ke Sulu menjadi Sultan Sulu mengantikan paciknya Sultan Batarasah Tengah ibnu Sultan Baddiman UI-Halim yang nama tidak mempunyai zuriat putra. Ibu Raja Bangsu perupakan putri kepada Sultan Pangiran Buddiman UI-Halim yang berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan yang berasal dari Brunei).

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: