SEJARAH KAUM TIDONG

SEJARAH KAUM TIDONG

Blog ini hanya mempaparkan sejarah kaum Tidong di negeri sabah yang mempunyai kaitan dengan masyarakat Bulungan Indonesia, untuk tetapan jenerasi kaum Tidong di Negeri Sabah agar mereka memahami asal usul bangsa mereka.

Negari Sabah yang terkenal dengan negeri dibawah bayu dengan keindahan alam semula jadinya yang kaya dengan kepelbagaian suku kaum dan budaya tersendiri, dimana antara suku kaum yang terdapat di Negeri Sabah adalah suku kaum “TIDONG” yang mana menjadi salah satu kaum asli di Negeri Sabah dengan jumlah menuroti. Kaum Tidong hanya terdapat di daerah Tawau dan Sandakan.

Walaubagai manapun, kaum tidong banyak pecahannya diharap para pembaca jangan keliru dengan pertuturan yang terdapat didalam blog ini, pemilih blog ini adalah berasal dari tidong Apas Tawau dan pertuturabnya amat berbaza dengan tidong yang lain.

Dalam akhir abad ke 16, lima orang adik beradik tiga lelaki dan dua perampuan melakukan penghijrahan ke Borneo Utara ( kini di kenali Negeri Sabah / Serawak ) daripada Borneo Timur ( kini dikenali Kabopatin Bulungan Kalimantan Indonesia ).

Tujuan penghijrahan ke Borneo Utara, adalah bertujuan mencari sumber pendapatan dan peluang peerniagaan, sebaik sahaja tiba ke Borneo Utara, mereka lima bersaudara pun memulakan dengan menceburi dalam perusahan mencari damar dan rotan yang ketika itu menjadi perusahan utama di Borneo Utara.

Damar dan Rotan adalah sumber hasil di bumi Boreno Utara yang menjadi sumber pendapatan ketika itu, Borneo Utara dan Borneo Timur adalah satu kepulauan sama, jadi tidak hairanlah masyarakatnya ketika itu bebas berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, untuk mencari sumber pendapatan.

Lima adik beradik pun memulakan pencarian Damar dan Rotan, menuruni gunung ganang, hutan belantara mencari dan membawa keluar hasil yang mereka perolehi dari satu hari ke satu hari.

Pada satu hari, lima bersaudarapun turun dari gunung untuk membawa keluar hasil pendapatan untuk dipasarkan kepada saudagar-saudagar damar dan rotan yang menanti di pelabuhan, perjalan keluar dari hutan itu amat jauh sehinggakan berhari-hari barulah sampai kepelabuhan.

Cuaca pun panas dan matahari sudah pun tinggi, rasa dahaga dan lapar mula terasa kepada lima bersaudara, jadi mereka pun berehat sambil mengalas perut dengan bekalan yang mereka bawa, sebelum meneruskan lagi perjalanan.

Dalam mereka menikmati hidangan yang mereka bawah itu, lahirlah cadangan untuk menwujudkan nama suku kaum yang mana belum terbentuk lagi, walaupun pada asalnya pertuturan percakapan memang sudah wujud dengan kata-kata suku kaum yang belum lagi dinamakan, begitu juga dengan agama, mereka belum lagi memeluk sembarang agama lagi dan mereka bebas melakukan apa sahaja.

Dalam mereka duduk berkumpul tercetuslah ilham mencari nama kaum mereka, salah seorang daripada mereka menceritakan bahawa mereka baru sahaja turun daripada gunung, yang mana dalam pertuturan mereka berkataan “GUNUNG” adalah “TI-DENG” dan mereka berkumpul dalam keadaan berduduk, dalam pertuturan mereka berkataan “DUDUK” adalah “ENTU-DONG”.

Jadi apabila perkataan itu ditemui maka lahirlah perkataan “TIDONG” hasil perkataan TIDENG dan ENTUDONG dengan tepat lagi perkataan bahasa melayu GUNUNG dan DUDUK, sehinggalah mereka memulakan penghidupan baru, dengan memertabatkan suku kaum mereka itu serta mendirikan rumahtangga masing-masing dengan pilihan mereka sendiri.

Pada abad ke-17, dimana perkembangan agama Islam mula tersebar di ke Pulauan Borneo oleh penyebar-penyebar agama Islam dari tanah Melaka, apabila mereka lima bersaudara itu mengetahui bahawa perkembangan Islam dan Agama Islamlah yang membawa kebaikkan kepada mereka, maka dengan itu merekapun mula berjenak mempelajari Agama Islam sekali gus masuk agama Islam.

Walaubagaimanapun, dua daripada lima adik beradik mengambil keputusan untuk tidak menyertai saudara mereka memeluk agama Islam, yang pada pendapat mereka agama Islam terlalu ketat dan tidak boleh melakukan apa sahaja dan tidak ada kebebasan bagi mereka.

Dengan keputusan dua adik beradik itu untuk tidak bersama dengan tiga yang lain untuk memeluk agama Islam maka merekapun berpisah, dimana dua daripada mereka yang tidak memeluk agama Islam itu, mengambil keputusan untuk menetap di Borneo Utara dan tiga lagi kembali ke Borneo Timur.

Tiga adik beradik itu, sekali lagi membuat keputusan untuk berpisah bagi tujuan memperkembangan suku bangsa mereka dimana seorang kekal tinggal Boreno Timur ( Kabopatin Bulungan Indonesia ) dan dua orang lagi kembali ke Borneo Utara ( Negeri Sabah / Sarawak ) dimana pada akhirnya wujudlah tiga cabang iaitu TIDONG BULUNGAN Indonesia, TIDONG SESAYAP dan TIDONG MELINAU berada di Borneo Utara.

Kepulauan Borneo telah berpecah tiga wilayah iaitu Kalimantan ( kini negara Indonesia ) Sabah dan Sarawak telah menyertai dan membentuk sebuah negara iaitu negara Malaysia, setelah Persekutuan Tanah Melayu (disebut Malay sebelum itu) mencapai kemerdekaan secara mutlak pada hari Sabtu, 31 Ogos 1957, walaubagaimanapun Sabah, Sarawak dan Singapura belum menyertai kemerdekaan itu.

Pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malay) telah bersetuju untuk membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia, walaubagaimanapun Singapura keluar daripada pembentukan Malaysia dan tinggal Persekutuan Tanah Melayu ( Malay ) Sabah dan Sarawak, hingga kini.

REGENCY THE TIDONG

The Tidong live o­n the eastern coast of Bulungan Regency, in the province of East Kalimantan, to the northeast of Putoh. They are more open to outsiders than many other groups, because they live in a coastal region. This openness and exposure to the modern world has lead them to be influenced by the outsiders? cultures. This has been heightened by the fact that most of their living areas have become transmigration areas. The Tidong speak their own language, Bahasa Tidong (Tidong language).

The Tidong make their living mainly as farmers. They grow sweet potatoes, cassava, lentils, fruits and vegetables. The Tidong practice migratory agriculture (shifting from o­ne field to another), mainly because they cannot maintain the soil?s fertility. New farm land is opened by cutting down trees and burning the underbrush. This farming method is often accused of being the main cause of forest fires in Kalimantan. However, even though this process does cause some damage, it is not comparable to the destruction done by businessmen who hold “Forest Enterprise Rights” from the government.

Some of the Tidong are ocean fishermen. The Tidong harvest rice, coconuts, and wood from their land. Petroleum is also produced o­n Bunyu and Tarakan islands. Some of the Tidong young people choose their own marriage partner. However, some of them marry partners chosen for them by their parents.

The birth of a child is gladly welcomed and celebrated by a kenduri (ritual feast), which is a party led by a religious leader. Neighbors are invited to come to the feast in which the child is given a name (tasmiah). Usually, the celebration is held after the child is o­ne or two weeks old. At the party, there is a naik ayun (swing riding) ritual. In this ritual, the child?s parents put the child in a swing and cut the child?s hair and cover him/her with flour., the Tidong are Muslims. They perform religious ceremonies in Islamic ways. Islam was brought to the Tidong by merchants from Sulawesi.

Their division of inheritance is based o­n Islamic laws.””Despite their Muslim religion, some of the Tidong also practice animism, which is the belief that spirits are in all places and influence mankind. Thus, their traditional ceremonies are focused upon seeking protection through magic, by either appeasing or controlling both good and bad spirits. A spiritual leader called a dukun (shaman/healer/occultist) plays an important role in their society, and is often asked to heal sicknesses with spells.

Since the Tidong are nomadic, most of them do not have opportunities for a formal education from public schools. Typically, o­nly those who are settled are educated formally. The Tidong are open to advances of the modern era. Their openness can be used as an asset to improve and develop their human resources. They also need assistance to be more productive and creative in managing plantations as well as farms and fisheries.

2 Respons to “SEJARAH KAUM TIDONG”

  1. Trima Kasih Sebab Wujudkan Web Untuk BANGSA TIDUNG! Pernah juak sa tepikir mau buat website untuk bangsa sendiri, tpi apa la daya tulang 4 kerat yang buta it ni kan… apa pun trima ksih banyak2 :)

  2. ini kali pertama saya baca article ttg bangsa tidong.saya sbnrnya pun dari suku kaum tidong tapi kurang tahu ttg latar belakang kaum ini. pernah juga tanya pd arwah atok dulu tp tak banyak info yang saya dapat. arwah atok cuma tahu nenek moyangnya tidong yang bertapak di labuk, sandakan.dgn adanya web utk kaum tidong ni sekurang2nya boleh juga memberi byk penjelasan sejarah kaum ini, memandangkan masih ramai yang tidak mengetahuai mengenai kaum tidong yang sudah lama menghuni sabah.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: